CASE NO.1 Daud Arshad & Yang Lain V Felcra Berhad

[CIVIL PROCEDURE-ORDER 33 RULES OF COURTS 2012 DURING FULL TRIAL-LIMITATION PERIOD]

Civil Procedure: Full trial-Application to dismiss the Plaintiffs’ action in the midst of full trial-Application made after 10 witnesses testified for Plaintif and 1 witness testified for the Defendant-Estoppel

Limitation Period: Limitation Period under Contract –Limitation Period for Accounts

SAMSUDIN HASSAN J:

[1]   Permohonan oleh Defendan menurut A 33 k 2, A 33 k 5 dan/atau A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

(i)      Keseluruhan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan menerusi Guaman Sivil Mahkamah Tinggi Johor Baru No: NCVC-23-90- 2011 ditolak dengan kos.

(ii)     Kos permohonan ini ditanggung Plaintif.

(iii)    Perintah lain dan/atau apa-apa relif lanjutan yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Kronologi

 

[2]   Plaintif adalah merupakan bekas peserta-peserta rancangan Felcra Sg Ara, Johor Darul Takzim. Plaintif telah mempertikaikan penyata-penyata untung rugi (P & L) dan pembahagian dividen oleh Defendan kepada peserta-peserta Felcra Sg Ara.

[3]   Pada 24 Mei 2011, 71 orang Plaintif telah memulakan tindakan di atas terhadap Defendan sepertimana dalam Penyata Tuntutan dalam Eksibit "FB-1".

[4]   Pada 7 Jun 2011 Defendan telah memfailkan Pembelaannya seperti mana dalam Eksibit "FB-2".

[5]   Pada 27 Februari 2012 Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda untuk membolehkan mereka meneruskan tindakan di atas terhadap Defendan melalui tindakan perwakilan ('representative action') seperti rnana dalam Eksibit "FB-3".

[6]   Pada 18 Julai 2012 perbicaraan penuh tindakan ini telah dimulakan dan Plaintif telah mengemukakan 10 orang saksi.

[7]   Pada 16 Januari 2014 saksi Defendan yang bernama Khalid Md Lip (SD1) yang juga merupakan Ketua Peserta Felcra Sg Ara mula memberikan keterangan. Beliau hanya dilepaskan dan dibebaskan daripada memberikan keterangan di dalam perbicaraan penuh tindakan ini pada 19 Mei 2016.

[8]   Pada 24 Mei 2016 Defendan telah membuat permohonan kepada Mahkamah ini untuk memfailkan Permohonan Defendan. Mahkamah telah membenarkan Defendan untuk memfailkan Permohonan Defendan dan seterusnya menetapkan 16 Jun 2016 sebagai tarikh pendengaran Permohonan Defendan tersebut.

Isu Dalam Permohonan Ini

[9]   Dua (2) isu utama yang dibangkitkan oleh Defendan dalam permohonan ini:

(i)      Sama ada tindakan Sivil Plaintif dihalang oleh had masa?

(ii)     Sama ada Plaintif dihentikan (estopped) daripada memulakan tindakan sivil ini setelah mereka didapati sebulat suara bersetuju menerima Akaun Kewangan Felcra Berhad Sg Ara yang dibentangkan semasa Mesyuarat Agong Tahunan ke-18 adalah betul dan benar?

Dapatan Mahkamah

 

[10]   Terlebih dahulu Mahkamah merujuk kepada ruang skop A 33 k 2, A 33 k 5 dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang digunapakai oleh Defendan dalam permohonan ini.

[11]   A 33 k 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut:

"The Court may order any question or issue arising in a cause or matter, whether of fact or law or partly of fact and partly of law, and whether raised by the pleadings or otherwise, to be tried before, at or after the trial of the cause or matter, and may give directions as to the manner in which the question or issue shall be stated."

Ia menzahirkan Mahkamah boleh memerintahkan apa-apa persoalan atau isu, sama ada berbentuk fakta atau undang-undang, dibangkitkan dalam pleadings atau apa cara sekalipun, dibicarakan sebelum, semasa atau selepas sesuatu tindakan berkenaan.

[12]   Bagi A 33 k 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 pula peruntukannya berbunyi begini:

"If it appears to the Court that the decision of any question or issue arising in a cause or matter and tried separately from the cause or matter substantially disposes of the cause or matter or renders the trial of the cause or matter unnecessary, it may dismiss the cause or matter or make such other order or give such judgment therein as may be just."

Kaedah 5 ini pula membolehkan Mahkamah membuang sesuatu tindakan sekiranya didapati keputusan apa-apa persoalan atau isu, sama ada berbentuk fakta atau undang-undang berbangkit semasa tindakan tersebut dan dibicarakan berasingan, menyebabkan perbicaraan tindakan tersebut tidak diperlukan lagi.

[13]   Berikutnya A 92 k 4 Kaedah-Kaedah 2012 memperuntukkan seperti berikut:

"For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court."

Aturan yang terakhir ini jelas menzahirkan bahawa apa sekalipun keadaannya di bawah A 33 k 2 dan 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ia tidak menghalang 'kuasa inherent' Mahkamah di bawah A 92 k 4 untuk membuat apa-apa perintah yang perlu bagi menghindarkan ketidakadilan atau menghalang penyalahgunaan proses Mahkamah.

[14]   Hishamuddin J (beliau ketika itu) di dalam kes Dayapi Holdings Sdn Bhd & Anor v. Arab Malaysian Finance Berhad & Anor [2008] 3 MLRH 328; [2009] 7 MLJ 627; [2009] 1 CLJ 916; [2009] 1 AMR 336 telah memutuskan bahawa sekiranya kes telah berlanjutan ke peringkat perbicaraan, maka peruntukan yang betul sepatutnya digunakan ialah A 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Petikannya adalah seperti di bawah berikut:

"In my judgment, when the proceeding has reached such an advanced stage of the proceeding or had practically reached the trial stage, as has happened in the present case, the appropriate course to adopt, should be disposed of without the need of a normal trial, is not to invoke O 14A, but to invoke O 33 rr 2, 3(2) and 5 of the RHC."

[15]   Mengikut Malaysian Civil Procedure 2015 penggunaan A 33 k 2 dan A 33 k 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 diperjelaskan seperti berikut:

"Advanced stage of trial proceedings: When the proceeding has reached such an advanced stage of the proceeding or had practically reached the trial stage, the appropriate course to adopt, should any party be of view that the cause could be disposed of without the need of a normal trial, is not to invoke O 33 rr 2, 3(2) and 5 (see Dayapi Holdings Sdn Bhd & Anor v. Arab Malaysian Finance Berhad & Anor [2008] 3 MLRH 328; [2009] 7 MLJ 627; [2009] 1 CLJ 916; [2009] 1 AMR 336 at 642. In Karen Isabel Wilfred v. Dhyana Shila Vasanthan [2013] MLRHU 1103; [2014] 4 CLJ 737, the court held that the issue of delay is not a crucial matter to consider in an application under O 33 r 3 as the provision allows the court to consider the question or issue to be tried before, at or after trial of the cause or matter. The Court further held that the pertinent and crucial factor to consider is whether the trial of the preliminary issue will result in a substantial saving of time and expenditure."

[16]   Berdasarkan nas undang-undang di atas itu, maka Mahkamah ini merumuskan Defendan di sini jelas mempunyai asas atau merit memasukkan permohonannya menggunakan ruang skop A 33 k 2, A 33 k 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sungguhpun terdapat 'kuasa inherent' yang boleh digunapakai oleh Mahkamah di bawah A 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Isu Pertama

(Sama ada Tindakan Plaintif adalah dibatasi oleh Akta Had Masa 1953).

(i)      Pada 6 Mei 2004 Plaintif dan peserta-peserta Felcra Sg Ara yang lain mengadakan Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-17.

(ii)     Di Mesyuarat tersebut Plaintif dan peserta-peserta Felcra Sg Ara yang lain mempersoalkan perkara-perkara seperti di bawah berikut:

  • Perjanjian Felcra Berhad dengan Kerajaan Negeri Johor.
  • Potongan Felcra Holding.
  • Penyata hutang (P & L).
  • Kaedah bayaran dividen.

(iii)    Bantahan perkara-perkara yang dinyatakan itu dibangkitkan oleh Ketua Peserta Felcra Berhad Sg Ara iaitu Allahyarham Hamzah Abu Bakar yang mewakili peserta-peserta Felcra Berhad Sg Ara dan direkodkan seperti berikut:

(a)     item 2.4 Minit Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-17:

"...... Setelah di koperatkan beliau mempertikaikan perjanjian Felcra Berhad dengan Kerajaan negeri, Potongan Felcra Holding, Penyata Hutang (P & L) yang mengelirukan dan perbelanjaan baja yang tinggal."

(b)     item 2.6 Minit Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-17:

"Beliau juga mempertikaikan kaedah bayaran dividen bulanan, walaupun harga sawit meningkat, peserta masih mendapat dividen kurang dari apa yang dikehendaki."

(iv)    Susulan bantahan yang dibangkitkan oleh Ketua Peserta Felcra Sg Ara itu, maka Aziz Abdul Rahman yang merupakan salah seorang peserta Felcra Sg Ara mencadangkan agar penyata P & L bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 (pindaan) tidak diterima. Cadangan beliau telah diterima sebulat suara oleh semua peserta yang hadir di dalam Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-17 itu. Persetujuan peserta-peserta untuk tidak menerima pakai penyata P & L bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 (pindaan) telah direkodkan di dalam Agenda 8.1 Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-17 seperti berikut:

"Pengurus Kawasan telah membentangkan penyata P & L Sg Ara I, II dan III bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 (pindaan). Aziz Abdul Rahman mencadangkan agar penyata tidak diterima dan disokong oleh Haji Md Zin Sani dengan sebulat suara.

(v)     Atas fakta dinyatakan di atas itu adalah jelas kausa tindakan sudah bermula pada 6 Mei 2004 dan Plaintif hanya ada sehingga 5 Mei 2010 sahaja untuk memulakan tindakan sivil terhadap Defendan mengikut s 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 seperti mana yang diperuntukkan di bawah ini:

"(1)      Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say –

  • actions founded on a contract or on tort.
  • actions to enforce a recognizance.
  • actions to enforce an award.
  • actions to recover any sum recoverable by virtue of any written law other than a penalty or forfeiture or of a sum by way of penalty or forfeiture."

(vi)    Pada 24 Mei 2011 iaitu selepas 7 tahun kausa tindakan berbangkit barulah Plaintif didapati memulakan tindakan atas kausa tindakan yang sama.

(vii)   Dalam kes Loh Wai Lian v. SEA Housing Corporation Sdn Bhd [1984] 1 MLRA 143; [1984] 2 MLJ 280; [1984] 2 CLJ 160 Mahkamah Persekutuan telah menolak tindakan sivil oleh Perayu kerana dihalang oleh had masa dan berikut keputusannya mengenai s 6(1)(a) Akta Had Masa 1953:

"Under s 6(1)(a) Limitation Ordinance, the appellant must therefore file the action within 6 years from the date on which the cause of action accrued."

(vii)   Dalam kes yang sama Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan hendaklah dimulakan pada tarikh seawalnya kausa tindakan berbangkit.

(ix)    Prinsip yang sama diikuti oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan [2015] 2 MLRA 205; [2015] 3 MLJ 609; [2015] 2 CLJ 1037 petikannya seperti berikut:

"[24] The Limitation Act 1953 ("the 1953 Act") stipulates and restricts the period during which an action may be brought to enforce a contractual right. The specific provision in the 1953 Act is section 6(1)(a) which provides that an action founded on contract shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued. The point in issue is that according to the defendant, the plaintiff's cause of action accrued on the date of termination of the agreements, that is to say, on 18 March 1975 and that six years had long passed when the plaintiff filed this action in 2004."

(x)   Dalam kes Machinchang Skyways Sdn Bhd & Anor v. Lembaga Pembangunan Langkawi & Anor [2014] MLRAU 341; [2015] 2 MLJ 373; [2015] 3 CLJ 775; [2014] 6 AMR 477 pula Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang membenarkan kes tersebut diketepikan mengikut A 14A dan A 33 k 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 kerana ia dihalang oleh had masa.

(xi)    Mahkamah juga dapati dalam kes kitar ini plaintif juga mempertikaikan Penyata Kewangan Felcra Berhad Sg Ara, maka dalam keadaan sedemikian wajarlah dirujuk s 6(2) Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan seperti berikut:

"(2) An action for an account shall not be brought in respect of any matter which arose more than six years before the commencement of the action."

(xii)   Kes Panchanath Ratnavale v. Sandra Segara Mahalingam & Ors [2012] MLRHU 1204; [2012] 5 MLJ 109 adalah berkenaan di mana Mahkamah mempertimbangkan s 6(2) Akta Had Masa 1953 dan memutuskan seperti berikut:

"[24] On the action for accounts which is one of the reliefs sought, I agree with the Defendants contention that it is barred by virtue of s 6(2) of the Limitation Act. I am unable to accept the Plaintiffs' proposition that as the accounts are still ongoing, the limitation period has not set in. The Plaintiffs could and ought to have asked for accounts as far back as 1981 when one of the beneficiaries, Manorani, asked for them but did not pursue further. It is much too late to seek for them now."

(xiii)  Kes Dr Zakaria Hamzah v. CIMB Securities Sdn Bhd [2007] 5 MLRH 76 adalah juga berkenaan di mana Hakim Kang Hwee Ghee (beliau ketika itu) telah rnemutuskan isu berhubung s 6(2) Akta Had Masa 1953 seperti berikut:

"Finding and Decision

  1. It is to be appreciated right from the start that what the plaintiff is seeking in this action is an account of his share trading with the defendant from July 1990 until the date of fast transaction 30 June 1995.
  2. The cause of action here is not for accounts per se but for an account 'of the dealings with the defendant which only ended on 30 June 1995. The Plaintiff's claim was therefore within the 6 years limitation period having filed this action on 23 January 2001."

(xiv)   Berdasarkan nas undang-undang di atas, maka Mahkamah ini merumuskan pemfailan kes ini pada tahun 2011 membawa kesan seperti berikut:

(a)     Plaintif dihalang oleh masa untuk mempertikaikan apa-apa hal akaun berbangkit sebelum tahun 2005, dan

(b)     apa sekalipun Plaintif Cuma boleh pertikaikan akaun daripada tahun 2005 ke hadapan.

(xv)    Dalam kes ini Plaintif semasa Mesyuarat AGM Ke-18 telah menerima semua akaun mulai dari tahun 2000 sehinggalah Jun 2006. Barang diingat Plaintif langsung tidak mempertikaikan kesahihan akaun sebelum tahun 2005 itu.

(xvi)   Oleh itu Mahkamah memutuskan tuntutan Plaintif adalah jelas dihalang oleh had masa dan seharuslah permohonannya itu ditolak seperti mana dipohon oleh Defendan.

Isu Kedua

(Sama ada Plaintif di 'estop' daripada memfailkan tindakan ini selepas membuat pengesahan untuk menerima pakai semua Penyata P & L termasuk dan tidak terhad kepada Pembayaran Dividen).  

(i)      Selepas mempertikaikan Penyata P & L bagi tahun 2000 sehingga 2002 termasuklah pembahagian dividen semasa persidangan Mesyuarat AGM Ke-17, maka Plaintif dan peserta-peserta Felcra Sg Ara yang lain bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa berkecuali ('Profit and Loss Review Committee') untuk menyemak kesahihan penyata-penyata P & L Felcra Sg Ara termasuklah dah tidak terhad kepada pembahagian dividen. Perkara ini diputuskan secara sebulat suara pada 6 Mei 2004 dan ia direkodkan di dalam 'Bil 3 Keputusan Mesyuarat Agong Peserta Felcra Sg Ara Kali Ke-17 pada 6 Mei 2004 seperti berikut:

"Mesyuarat Agong dengan sebulat suara dipersetujui oleh peserta yang hadir, sebuah Jawatankuasa Semakan P & L ditubuhkan dengan melibatkan NGO. Jawatankuasa ini mempunyai ahli yang tetap bagi tujuan pemahaman masa yang berbangkit dalam P & L."

(ii)     "Profit and Loss Review committee" telah ditubuhkan dan menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan."

(iii)    Pada 29 Ogos 2006 Plaintif dan peserta-peserta Felcra Sg Ara yang lain telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke-18 dan bersetuju untuk meluluskan Agenda 8 iaitu rnenerima pakai P & L 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan Jun 2006 di dalam Mesyuarat Agong Felcra Sg Ara Kali Ke-18 tersebut. Agenda 8 Minit Mesyuarat Agong . Kali Ke-18 merekodkan seperti berikut:

"Agenda 8

Membentang Dan Menerima Penyata P & L 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan Jun 2006.

8.1     Pen Eksekutif Kanan telah membentangkan P & L Sg Ara I, II dan Ill bagi tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan Jun 2006. Bakahruddin Abd Rahman mencadangkan agar penyata P & L tersebut diterima dan disokong oleh Hudzeri Deni dengan sebulat suara."

(iv)    Senarai nama kehadiran Plaintif adalah di no: 47 (Plaintif Ke-4); no:102 (Plaintif Ke-3); no: 119 (Plaintif Ke-2) dan no: 163 (Plaintif Pertama) di muka surat 93-96 dalam Eksibit "FB-6" Afidavit Defendan No: 1.

(v)     Jadi berasaskan fakta-fakta yang dinyatakan sebelum ini, maka wajarlah Plaintif ini dihalang ('estopped') daripada mempertikaikan kesahihan mana-mana akaun kewangan Felcra Berhad Sg Ara tersebut selaras atau sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v. Arab Malaysian Merchant Bank Berhad [1995] 1 MLRA 738; [1995] 3 MLJ 331; [1995] 4 CLJ 283; [1995] 3 AMR 2871 petikannya seperti berikut:

"The time has come for this court to recognize that the doctrine of estoppels is a flexible principle by which justice is done according to the circumstances of the case. It is a doctrine of wide utility and has been resorted to in varying fact patterns to achieve justice. Indeed, the circumstances in which the doctrine may operate are endless."

(vi)    Hal yang sama juga telah didengar oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Prestaharta Sdn Bhd v. Ahmad Kamal Md Alid & Ors [2016] 4 MLRA 573; [2016] 4 MLJ 39 keputusannya begini:

"(x)    Arising from the above, it is abundantly clear that the Plaintiffs are 'blowing hot and cold' with an obvious intent to defeat the clear and unambiguous terms and covenants they had entered with the developer pursuant to their respective S & Ps and DMC. It is trite law that a litigant cannot approbate and subsequently reprobate according to his whims and fancies."

(vii)   Akhir sekali mengenai dakwaan Plaintif bahawa mereka cuma berpeluang memulakan tlndakan kes ini setelah keluar dari kawalan Felcra Berhad (Defendan) dalam tahun 2006 adalah tidak bermerit dan berasas sama sekali kerana bersandarkan kepada keputusan dalam kes Great Eastern Life Assurance Co Ltd v. Indra Janardhana Menon [2005] 2 MLRA 295; [2006] 2 MLJ 209; [2005] 4 CLJ 717; [2006] 1 AMR 1 dinyatakan di bawah berikut:

"The Court of Appeal had also reached an alternative finding that so long as the parties remain in contractual relationship no period of limitation exists. This is again another attempt at creating uncertainty in the law governing limitation of actions as the effect of such a finding is to leave open the calculation when time begins to run. This cannot be right as there is no basis for such a finding as the Act itself has already set down the time table as to when time begins to run for the purpose of computing limitation period."

(viii)  Oleh sebab pengesahan di atas tersebut, maka sewajarnya tindakan ini ditolak bagi mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah secara berterusan oleh Plaintif.

(ix)    Lagipun Mahkamah amati penolakan tindakan ini dapat menjimatkan kos pihak-pihak dan masa semua pihak memandangkan ia sudah terlampau lama sejak difailkan pada 24 Mei 2011.

Keputusan Mahkamah

[17]   Atas alasan-alasan di atas, maka adalah wajar dan adil di sini Mahkamah membenarkan permohonan Defendan seperti mana dipohon dalam Notis Permohonan bertarikh 24 Mei 2016 (Lampiran 68) iaitu keseluruhan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan menerusi Guaman Sivil Mahkamah Tinggi Johor Baru No: NCVC-23-90-2011 ditolak dengan kos RM100,000.00.

Counsel:

For the plaintif: Benard George George Mathews (Mathews George); Messrs Tay, Bernard & Cheong

For the Defendant: Helmi Hamzah; Messrs Hisham, Sobri & Kadir

NOTE:

  • For full report, please refer to Daud Arshad & Yang Lain V Felcra Berhad [2016] MLRHU 1689
  • The High Court’s decision was affirmed by the Court of Appeal in Civil Appeal J-02(NCVC)(W)-1304-07-2016
  • The Federal Court refused leave to appeal against the decision of the Court of Appeal in 08(f)-464-10/2017(J)

Leave a Reply